Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Bayangkan semua kekusutan itu keluar bersama-sama nafas yang menyesakkan itu...
Telah lama kita hidup dalam keserabutan jiwa. Seolah-olah mayat hidup yang pergi kerja dan balik kerja. Makan dan minum. Tanpa hadir kesedaran dalam jiwanya.
Sesungguhnya alam ini terlalu indah untuk dinikmati. Mengapa kita seringkali lupa mensyukuri nikmat Tuhan? Bukalah mata seluas-luasnya dan jadikan hati kita suatu tempat yang tenang untuk diduduki..
Buangkan semua hasad dengki dan kebencian di dalam hatimu kerana kebencian itu menyesakkan jiwa dan memakan rasa kasih sayang yang ada dalam hati.

Tarik nafas dan lepaskan berkali-kali. Lupakan semua kebencian dan hiduplah dengan tenang dan aman. Sekiranya alam bergoncang sekalipun, jadilah kamu sebagai makhluk Tuhan yang memberi perlindungan pada yang lain dan hangatkan mereka dengan kasih dan sayangmu tak mengira siapa pun dia dan apapun kepercayaannya. Kerana kita berkongsi bumi dan udara yang sama.

Jadilah manusia yang baik hatinya. Jadilah benih yang baik dicampak ke bumi menjadi bukit dan dicampak ke laut menjadi pulau.
Salam sayang dari saya...

No comments:
Post a Comment